Fadhilat Ramadhan



Fadhilat Ramadhan

Hai sume…assalammulaikum..=)
Sedar x sedar da nk hmpir sebulan da kte berpuasa kan??? X lme lg nk dkat raya da..da ckup ke amalan yg korng wat sempena bulan ramadhan nie..sume orng tau bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Tp kpd sesiapa yg x smpat nk beribadat or bersolat tarawikh..jgn risau coz mmsih smpt untuk korng nk pegi ke masjid or surau untuk menunaikan solat terawikh..
So..kat sini sempena bulan ramadhan al Mubarak yg mulia nie, aku rse smpat lg kowt kalo aku nk kongsi skit ngan korng fadhilat2 ramadhan yg bole korng dpt kalo korng beribadat pd bulan ramadhan..hopefully korng sempat grab oppurtunities nie untuk dpt pahala dan rahmat drpd allah s.w.t… insyallah mudah-mudahan..=)
Fadhilat ramadhan..
1) Lailatul Qadar ialah suatu mlm pd blan Ramadhan yg begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adlah suatu mlm yg biasanya brlaku pd 10 akhir Ramadhan dan amalan pd mlm itu lbih baik  dr 1000 bulan.
Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar nie mempnyai hubungan yg rapat antra stu sma lain sebgaimna yg diterngkan di dlm kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antranya firman Allah SWT yg brmksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
2)   Sebagaimana yg dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’.
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab ‘orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut: p/s kat sini aku list kan kat korng 10 mlam yg terakhir je tau coz bnyk sngt laa..hehehe..yg lain pndai2 laa korng cri k..

Malam ke-20
Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam ke- 21
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam ke-22
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam ke-23
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam ke- 24
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam ke- 25
Dihapuskan dari seksa kubur.
Malam ke- 26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
Malam ke- 27
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam ke- 28
Allah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam ke- 29
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ke- 30
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Haaaa lpas korng da bce sume yg aku share ngan krong kat atas..korng nk x dpt pahala n rahmat allah mcm tue..?? (mesti nak kan??) sesugguhnya kiter umat islam mmng sngt bertuah tau sbb diberi kesempatan untuk memohon keampunan drpd allah s.w.t.. =)

Kat bwah nie aku selitkan skit hadis mengenai bulan ramdhan untk tatapan korng..
Silalah bace yer..!!!! hehehehe..


HADIS 4
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


 HADIS 3
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
 Stakat nie je laa yg aku dpt kongsi ngan korng sume tentng kelebihan bulan ramdhan yg dpt kita perolehi kalo kte beribadat pd bulan pose nie..aku harap korng bole memanfaatkan dgn sebaik-baiknye bulan ramdhan yg bakal berakhir x lme lg..bkn senang nk dpt peluang yg mcm nie lg.. okay laa..tue je aku nk pesan kat korng sume..semoga kita sume berada dibawah lindungan-NYA dan menerima cahaya hidayah drpd allah s..w.t…
Assalammulaikum w.b.t..bye sumeee!!!!
"Anyone can do anything if he believes and yearns for it"

__________________________________________________________________________________


SHARING IS CARING

Assalammualaikum semua…ha..bersua lagi kita ye…bulan puasa penuh dengan dugaan dan cabaran..sebab apa…sebabnya kita kena menahan diri dari lapar dah dahaga…bukan lapar dahaga je..tapi menahan diri dari sifat amarah..sifat-sifat yang negetifla kiranya..
Sebenarnya banyak sangat fadhilat Ramadan ni…sampaikan kita sendiri tak sedar betapa besarnya pengertian Ramadan bagi umat Islam.. Antaranya :

  • Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan.                Ok kawan-kawan..maksudnya di sini..bila bulan puasa, Allah SWT akan tutup pintu neraka..penah dengar kan “bila bulan puasa..syaitan semua diikat” jadi umat Islam dapat menjalani ibadah dengan penuh tawaduk dan khusyuk masa bulan ni..tapi kita kena ingat…kita kena melawan hawa nafsu kita dalam menjalani ibadah puasa.. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

  • Diampunkan dosa-dosa lampau                                                          Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan,diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu . betapa sayangnya Allah SWT pada hambaNya kawan-kawan..jadi kawan-kawan…apa tunggu lagi..jom kita sama-sama manfaatkannya.. Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

  •  Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat

  •  Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).


Kawan-kawan semua..jomla sama-samakita berpuasa serta manfaat kan segala kelebihan di bulan yang mulia ni..disini shikin tertarik dengan fadhilat bulan Ramadhan yang lain..kita tambah sikit ye..


1.     Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2.    Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3.    Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4.    Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5.    Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6.  Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7.    Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman…
8.   … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.

Banyakkan kelebihan Ramadhan ni…sama-sama la kita semua praktikkan agar ibadah kita diterima Allah SWT..amin..


sambil-sambil tu meh kita layan video upin dan ipin...betul..betul..betul..hehehe


lafaz niat berpuasa

Doa berbuka puasa